Tips Membuat Blog Post Menarik

May 28, 2016Islam Standard

Blog Post Terbaik dan Menarik

Teguh PrasetyoSebagai blogger kita haruslah memastikan blog kita segar dengan blogpost yang baru dan terkini. Di bawah adalah tips untuk membuat blogpost yang terbaik dan menarik.


1. Tajuk Post Menarik

Tajuk adalah tanggapan pertama orang mengenai blog kita. Ianya amat lah penting sekali. Kita haruslah pilih tajuk yang menarik dan kita harus menulis mengenai sesuatu yang trending serta menarik. Sentiasa membuat tajuk yang menarik untuk menarik orang ke blog kita. Jika blog kita tidak menarik, siapa lah mahu baca artikel kita. Betul tak?


2. Content Is King!

Content atau isi blog adalah King! Itu lah yang dikatakan oleh blogger terkenal. Ia nya amat benar kerana blog yang penuh dengan content yang berkualiti akan ramai orang minati. Kita hendaklah menulis suatu cerita fakta atau pun kita bercerita mengenai pengalaman kita dengan cara yang menarik. Pembaca akan lebih suka mencari dan baca sesuatu mengenai benda fakta benar atau pun sesuatu berdasarkan pengalaman seseorang. Pastikan kita menulis tentang sesuatu yang segar serta menarik dan membuat pembaca akan terus membaca artikel kita sehingga habis. Antara contoh terbaik anda boleh lihat artikel di sini: http://www.teguhprasetyo.com/cara-mandi-wajib/


3. Gambar Dan Video

Gambar dan video amat kritikal dalam blog kita. Ia nya akan menambah tarikan di dalam blog kita. Ia nya bagi memudahkan kita untuk menerang sesuatu kepada pembaca. Pembaca akan lebih tertarik dan mudah memahami jika melihat gambar menarik atau video yang relevan. Contohnya video seperti di bawah ini mengenai Tempat Menarik Di Penang mengenai Escape Park di Penang


4. Share Button Di Setiap Blogpost

Facebook, Twitter dan Instagram adalah platform terbaru iaitu media sosial. Media sosial adalah satu platform baru untuk pembaca mencari informasi yang mereka mahukan. Butang share ke media sosial ini amatlah penting. Kita haruslah mempunyai butang share atau plugin yang membolehkan pembaca kita share atau kongsi artikel anda terus ke media sosial mereka. Ini tidak langsung akan meningkatkan jumlah pembaca untuk pergi ke blog anda.


Ini adalah perkara atau aspek yang penting jika kita hendak membuat blogpost kita menarik. Kita sebagai blogger haruslah menjadi yang terbaik untuk kita pilihan pembaca. Dengan itu kita akan mudah menjadi terkenal di kalangan blogger. Sekian dari saya. Jika ada maklumat lain yang harus saya tambah boleh la contact saya. Terima Kasih 🙂