Qhaleef Tips memakai tudung mengikut bentuk muka

March 1, 2017Islam Standard

Tips dari Qhaleef memakai tudung mengikut bentuk muka

qhaleef muslimah

Setiap orang di muka bumi ini dilahirkan dengan bentuk dan paras muka yang berbeza. terdapat muka berbentuk bujur, bulat, bersegi, panjang. Oleh kerana adanya perbezaan bentuk muka ini, tidak semua tudung yang dimiliki dan dipakai adalah bersesuaian dengan kita. Sama ada tudung tersebut menyerlahkan kecantikan kita ataupun menyebabkan kita kelihatan kurang cantik dan menarik. Kerana hal sebegini, amatlah penting untuk kita mengenali bentuk muka kita dahulu sebelum mencuba mana-mana fesyen tudung yang terkini. Lihat koleksi tudung dan jubah muslimah di http://qhaleef.com/

Didalam artikel ini saya akan membawa anda mengenali bentuk muka dan tips yang wajib dalam menggayakan tudung anda. Mari mengenali bentuk-bentuk muka yang berbeza dan tudung- tudung yang bersesuaian dengannya.

Bentuk Muka Bujur

Wanita atau gadis yang mempunyai bentuk muka bujur, anda sememangnya sangat bertuah kerana mampu pakai dan menggayakan hampir kesemua fesyen tudung. Sama ada selendang, tudung bawal, tudung syria ataupun tudung awning, semuanya kelihatan cantik apabila anda pakai. Bentuk muka ini bercirikan jarak rahang, pelipis, tinggi kening dan panjang dagu yang seimbang. Sekiranya anda adalah salah seorang yang memiliki bentuk wajah seperti ini, jangan lepaskan anugerah berharga ini untuk bergaya dengan fesyen tudung terkini. Dapatkan tudung dari Qhaleef

Bentuk Muka Bulat

Gadis yang mempunyai bentuk muka ini dicirikan dengan jarak dahi ke dagu adalah sama dengan jarak kedua pelipis, dan juga tulang rahang yang ‘tertimbun’ di bahagian pipi. Ataupun dengan lebih mudah adalah mereka yang tembam ataupun berisi di pipi. Sekiranya anda mempunyai bentuk wajah seperti ini, terdapat beberapa tips untuk memakai tudung yang sesuai iaitu:

  • Jika anda lebih gemar memakai tudung awning, pastikan potongan tepinya tidak melepasi tulang pipi. Ini adalah untuk mengelakkan daripada wajah anda tertutup. Selain itu, pastikan jahitan awning tersebut panjang sehingga menghampiri tulang pipi. Jika anda memilih awning yang pendek, ia akan menonjolkan pipi anda yang tembam. Ingat tu!
  • Apabila anda memilih untuk memakai selendang, gunakan cekak yang lembut sebelum memakai anak tudung. Pilihlah anak tudung yang diperbuat daripada bahan yang lebih anjal untuk membantu mengurangkan visual ukuran kepala.
  • Selendang yang nipis juga digalakkan agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan. Pastikan selendang tidak dililit dengan terlalu ketat untuk mengelakkan bentuk wajah anda yang bulat kelihatan lebih jelas.
  • Agar wajah kelihatan bujur, pakai selendang dengan sedikit longgar dan lipat di bahagian bawah tudung berdekatan dengan tulang pipi. Bentukkan juga sedikit bahagian atas selendang agar ia tidak melekap pada dahi anda.

Bentuk Muka Panjang

Sama seperti wanita dengan bentuk muka bujur, bentuk muka yang panjang juga turut menjadi idaman dan pilihan wanita. Ia dicirikan dengan bahagian dagu yang panjang. Jika anda mempunyai bentuk muka seperti ini dan bijak dalam menggayakan tudung yang dipakai, mungkin orang lain akan menyangka anda memiliki bentuk muka yang bujur. Tips utamanya adalah dengan memfokuskan kepada bahagian atas tudung.

Bentuk Muka Petak

Mereka dengan bentuk wajah petak boleh dilihat pada pangkal rahang dan tulang rahang yang lebar dan kawasan dagu yang kelihatan rata. Sekiranya anda tergolong dalam bentuk wajah seperti ini, fokus utama apabila memakai tudung adalah untuk menyembunyikan bahagian rahang yang menonjol itu.

Mari lihat tips-tips memakai tudung untuk bentuk muka ini:

  • Gunakan anak tudung untuk memperoleh kesan bentuk wajah yang nampak panjang.
  • Jika ingin memakai selendang, pastikan anda bijak menggayakannya. Gunakan selendang bersama inner neck yang mempunyai lapisan menutupi bahagian bawah dagu.
  • Pilih gaya selendang dengan fokus utama kepada lilitan dan yang dapat menutupi bahagian rahang.
  • Elakkan gaya ikatan Bienda atau gaya ikatan di belakang tengkuk kerana ini akan lebih mempamerkan bahagian rahang yang lebar.
  • Elakkan juga gaya selendang yang mempamerkan bahagian dahi yang luas seperti gaya Turban.
  • Tudung awning juga bersesuaian dengan bentuk muka ini.

Lihat tutorial di bawah bagi gaya tudung seperti artis Elfira Loy