tools heyhaziq

Menjadi blogger hebat menggunakan tools ini!

December 17, 2016Lain Standard

Tools yang betul untuk membina blog yang hebat

Blogging bukan satu kerja yang mudah untuk dilakukan, akan tetapi, dengan bantuan tools yang betul,ia dapat membantu untuk memudahkan proses menyiapkan blog. Senarai tools di bawah adalah antara tools yang wajib anda tahu. Kita lihat contoh di blog ini sebagai contoh terbaik www.heyhaziq.com

tools heyhaziq

Blogging bukan satu kerja yang mudah untuk dilakukan, akan tetapi, dengan bantuan tools yang betul,ia dapat membantu untuk memudahkan proses menyiapkan blog. Senarai tools di bawah adalah antara tools yang wajib anda tahu.

Google analytic (Pemantauan Trafik)

Digunakan untuk menganalisa data secara statistik dan merupakan alat analisa asas bagi tujuan pemasaran. Google Analytic membantu meningkatkan aliran trafik blog anda dan memudahkan pemantauan blog dari semasa ke semasa. Tools Google Analytic merupakan freemium tools di mana ia boleh digunakan secara percuma untuk kegunaan basic. Ini merupakan tools yang disaran untuk digunakan.

Broken Link Checker (Memeriksa pautan yang rosak)

Sentiasa menggunakan tools Broken Link Checker untuk menyemak pautan (link) yang diletakkan di blog anda untuk memastikan tiada pautan yang rosak atau mati. Ini penting kerana pautan yang tidak elok akan membuatkan pembaca hilang minat untuk mengunjung blog anda sekaligus menjejaskan reputasi kedudukan blog anda di google. Selain mengimbas link, tool ini juga akan menunjukkan segala link yang rosak dan memberitshu cara untuk membetulkan link yang rosak itu. Video dibawah menunjukkan cara untuk menggunakan Broken Link Checker.

Grammar Checker  (Memeriksa Ejaan)

Sebelum menyiarkan post, pemeriksaan tatabahasa dan ejaan perlu dilakukan dengan menggunakan tools ini, melainkan anda mengupah beberapa orang pakar untuk memeriksa dan menyemak ayat/ post anda secara manual. Kesalahan yang banyak dapat menjejaskan reputasi blog kerana membuat para pembaca sukar memahami ayat yang cuba disampaikan.

Plagiarism Checker (Menyemak Tiruan)

Plagiarism adalah satu kesalahan yang besar dan tidak beretika. ‘Menulis’ artikel dengan meniru atau menyalin penulisan blogger lain tanpa memberi kredit kepada blogger tersebut adalah tidak betul. Dengan menggunakan Plagarism Checker, anda boleh mengecam ketulenan sesuatu penulisan dengan mengimbas post tersebut dengan mudah dan cepat.

Google Keyword Planner (Kajian Kata Kunci)

Setiap blog post boleh menjadi sangat hebat jika anda tahu menggunakan kata kunci (keyword) yang terbaik untuk digunakan. Dengan itu, pencarian kata kunci (keyword research)  amat penting. Kajian keyword bertujuan untuk mendapatkan trafik ke blog anda tetapi tanpa cara yang betul boleh menjadi lebih sukar. Keyword tools seperti Google Keyword Planner akan membantu kita mencari kata kunci yang betul untuk kita tulis blog kita.

Konklusi

Untuk memudahkan kerja untuk menjadi seorang blogger, tools di atas ini adalah tools yang perlu digunakan untuk membina satu blog yang bagus.

Penat membaca? Post teka teki ini akan mencabar minda anda dan secara tidak langsung menghiburkan.