Kunci Menjadi Blogger Terbaik & Terkenal

May 18, 2016Lain Standard

Blogger Terbaik & Terkenal

blogger

Identiti Diri

Bukan mudah untuk menjadi seorang blogger yang terbaik dan terkenal, gaya dan identiti tersendiri adalah amat aspek penting. Adakah anda mempunyai gaya tersendiri? Cari gaya anda sendiri dan terbaik adalah menjadi diri sendiri. Bagi untuk orang mengenali anda pasti nya anda harus mempunyai nama. Seperti seorang blogger Teguh Prasetyo mengguna nama beliau yang unik. Anda harus dapatkan nama anda supaya orang dapat mengenali anda dan nama ini yang mewakili diri anda.


Pilih Theme Blog Sesuai

Theme atau tema untuk blog kita adalah faktor yang sangat penting. Ia nya akan melambangkan identiti diri kita sebenarnya dan merupakan pandangan pertama kepada pembaca. Mengikut apa niche yang anda pilih. Tanya diri anda. Adakah anda ingin menjadi seorang lifestyle blogger? Adakah anda ingin menjadi seorang fashion blogger? Atau adakah anda ingin menjadi seorang food blogger atau foodie?  Ia nya ditunjukkan melalui theme yang anda pilih untuk blog anda.


Content is King!

Content is the King! Ya! isi blog anda atau blogpost anda adalah faktor paling penting bagi menjadi blogger. Ia adalah cara paling mudah untuk menarik orang adalah dengan menulis blogpost yang positif. Namun, pembaca akan lebih suka untuk membaca sesuatu yang mereka percaya adalah maklumat yang betul lagi tepat dan yang boleh dipercayai. Anda harus melakukan pencarian dan belajar tentang apa yang perlu terlebih dahulu dan selepas itu cipta cerita anda di dalam blog anda. Apabila orang mencari dan membaca sesuatu di dalam talian, pembaca akan lebih tertarik dengan maklumat yang datang dari pengalaman.


Share Button di Setiap Blogpost

Facebook, Twitter, Instagram adalah media sosial antara yang terbesar di dunia. Media sosial adalah satu platform carian baru untuk pembaca mencari apa yang mereka mahu. Anda haruslah mempunyai butang share atau plugin yang membolehkan orang kongsi artikel anda di laman media sosial.


Gambar & Video Menarik

Gambar dan video yang menarik amat penting dalam blog kita. Pembaca selalu nya akan lebih tertarik jika ada gambar atau video bagi memudahkan mereka faham dengan isi kandungan blogpost anda. Contoh seperti video di bawah mengenai Resepi Kek Batik


Kategori Di Blog

Susunan Blog anda adalah faktor penting untuk menunjukkan identiti kita. Kategori juga adalah salah satu susunan bagi blog anda. Ianya amat lah penting kerana ia akan menunjukkan bagaimana kita susun artikel atau blog kita. Sekiranya anda adalah blogger bebas atau lifestyle blogger, anda sangat boleh membuat apa jua kategori untuk artikel anda. Contohnya, artikel anda yang bertajuk Koleksi Kata Kata Mutiara, anda boleh masukkan nya di dalam kategori Kata Kata atau Inspirasi.