Kelengkapan Haji Dan Umrah

November 13, 2015Islam Standard

 

 

Pakej Haji Dan Umrah

 

Sebelum kita memulakan perjalanan kita untuk mengerjakan Ibadah Haji atau Umrah kita haruslah bersiap sedia dari segi mental, fizikal serta harta benda. Itu termasuk lah juga barang barang dan keperluan kita semasa berada di Tanah Suci nanti. Berikut adalah senarai yang telah di sediakan oleh Alhadif.

 

Barang-barang kelengkapan yang perlu dibawa di dalam beg (30kg);

KELENGKAPAN LELAKI:

  • 2 Kain ihram
  • 1 Pasang Tali pinggang
  • 2 Baju melayu
  • 4 Baju biasa(t-shirt) dan Singlet berlengan dan berzip
  • 4 Kain pelikat dan Seluar panjang
  • 2 Tuala kecil
  • 2 Stoking
  • 2 Selipar (pastikan jari terlihat)
  • 2 Kasut biasa (lembut)
  • 1 Buku doa & surah yassin
  • 5 Penyangkut baju
  • Segala Ubat-ubatan
  • 1 Sarung beg atau jaring
  • 1 Gantung kecil,
  • 1 Pengetip kuku kecil
  • 1 Beg sejadah kecil
  • 1 Uncang kasut
  • 1 Alat2 mandian dan Alat cukuran
  • 1 Sabun mandi
  • 1 Krim bibir dan Tumit
  • 1 Telefon bimbit dan charger
  • 1 Kamera Kecil

 

KELENGKAPAN PEREMPUAN;

  • 4 Telekung sembahyang
  • 2 Mini telekung
  • 3 Baju kurung
  • 3 Baju biasa
  • 2 Baju tidur dan seluar panjang
  • 3 Stoking tawaf & saie(bertapak tebal)
  • 3 Stoking biasa
  • 1 Tuala kecil
  • 3 Sarung tangan
  • 2 Jubah seluar
  • 2 Singlet berzip (untuk keselamatan)
  • 1 Buku doa(kecil)&surah yassin
  • Pakaian dalam wanita yang secukupnya
  • 5 Penyangkut baju
  • 1 Ubat-ubatan(ubat batuk/sakit tekak/Strepsil/cirit-birit/vicks/vitamin c
  • 1 Sarung beg/jaring
  • 1 Set gantung kecil, pengetip kuku
  • 1 Beg sejadah kecil
  • 1 Uncang kasut
  • 1 Alat cukuran
  • 1 Alat2 mandian
  • 1 Krim bibir dan tumit
  • 1 Marker pen (jika perlu)
  • 1 Telefon bimbit & charger
  • 1 Kamera kecil

Sila lah layari www.alhadif.com untuk lihat maklumat.

Segala kelengkapan di atas boleh juga di beli di tempat-tempat yang ada menjual kelengkapan Haji dan Umrah, antara tempat yang popular:

1. Pasaraya Mydin

Mydin adalah tempat yang popular untuk mendapatkan segala kelengkapan haji dan umrah. Di Mydin ini memang boleh dikatakan semua nya serba cukup. Tidak perlu pergi ke tampat lain, semua ada di Mydin. Harga nya pun murah dan berpatutan. Tetapi mengikut pilihan dan selera masing-masing, kalau orang yang suka akan barang-barang eksklusif boleh juga pergi cari butik-butik terdekat.

 

2. Wisma Yakin

Wisma Yakin ini terletak berhadapan dengan Masjid India Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur. Tempat ini memang popular sebagai tempat membeli belah terutama pada musim perayaan. Banyak butik yang menjual barang muslimin seperti baju melayu, kain, tudung, jubah dan segala macam lagi. Jika tiba musim perayaan memang akan sesak dengan ribuan orang yang datang dari pelbagai negeri