7 HIKMAH IBADAH HAJI

November 8, 2015Islam Standard

Pakej Haji Dan Umrah

 

Ibadah haji adalah rukun islam yang 5 dan juga yang terakhir, dan ibadah ini di lakukan di tanah suci Mekah. Ibadah Haji di lakukan jika kita mampu, mampu dalam segi wang dan juga kesihatan karena jika kesihatan kita terganggu maka kita tidak di izinkan pergi ke Mekah itu karena perjalanannya yang cukup jauh dan lama.

1. Tetamu Allah

Kaabah atau Baitullah juga dikenali sebagai ‘Rumah Allah’. Walaubagaimanapun, haruslah difahami bahawa bukanlah Allah itu bertempat atau tinggal disitu. Sesungguhnya Allah itu ada dimana mana. Ia dikatakan sebagai ‘Rumah Allah’ kerana itu yang diucapkan oleh Nabi Ibrahim a.s. Oleh demikian, orang yang mengerjakan haji adalah merupakan tetamu istimewa Allah. Dan sudah menjadi kebiasaan setiap tetamu mendapat layanan yang istimewa dari tuan rumah. Dapatkan Pakej Haji dan Umrah terbaik di Al Hadif.

2. Membersihkan Diri Dari Dosa

Mengerjakan Ibadah Haji merupakan kesempatan bagi kita untuk bertaubat dan meminta ampun kepada Allah. Terdapat juga tempat-tempat di sana merupakan tempat yang paling mustajab untuk berdoa dan bertaubat. Malah ibadah haji itu sendiri jika dikerjakan dengan sempurna dan tidak dicampuri dengan perlakuan keji , maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya sehingga ia suci bersih seperti baru lahir ke dunia ini.

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang melakukan Ibadah Haji ke Baitullah dengan tidak mengucapkan perkataan keji, tidak berbuat fasik, dia akan kembali ke negerinya dengan fitrah jiwanya yang suci ibarat bayi baru lahir daripada perut ibunya.” (Bukhari Muslim)

3. Teguh Iman

Ibadah Haji secara tidak langsung telah menghimpunkan manusia Islam dari seluruh pelusuk dunia. Mereka terdiri dari berbilang bangsa, warna kulit dan bahasa pertuturan. Hal ini juga dapat meluaskan pandangan dan fikiran kita tentang kebenaran Al-Quran yang diterangkan semua dengan jelas dan nyata.

Firman Allah SWT: “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal.” (Al-Hujurat 13) “Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlainan bahasamu dan warna kulitmu.” (Ar-Rumm 22)

4. Memperolehi Tarbiah Terus daripada Allah SWT

Di kalangan mereka yang pernah mengerjakan haji, mereka mengatakan bahawa Ibadah Haji adalah ujian paling tinggi daripada SWT.  Ini adalah disebabkan jumlah orang mengerjakan ibadah tersebut adalah terlalu ramai hingga menjangkaui jutaan orang pada satu masa.

Rasulullah SAW bersabda: “Bahawa Allah Azza wa jalla telah menjanjikan akan ‘Rumah’ ini, akan berhaji kepadanya tiap-tiap tahun enam ratus ribu. Jika kurang nescaya dicukupkan mereka oleh Allah dari para malaikat.” Sabda Rasulullah SAW lagi, “Dari umrah pertama hingga umrah yang kedua menjadi penebus dosa yang terjadi diantara keduanya,sedangkan haji yang mabrur itu tidak ada balasannya kecuali syurga.” (Bukhari dan Muslim)

 

5. Iktibar Peristiwa Bersejarah

Mekah adalah merupakan lembah yang menyimpan banyak peristiwa-peristiwa bersejarah. Diantaranya sejarah Nabi dan Rasul, para sahabat Rasulullah,para soleh yang mengiringi mereka. Peristiwa tersebut boleh diambil iktibar dan pengajaran untuk membimbing  jiwa seseorang. Boleh lihat juga di www.alhadif.com. Rasulullah bersabda: “Sahabat-sahabatku itu laksana bintang-bintang dilangit, jika kamu mengikut sahabat-sahabatku niscaya kamu akan mendapat petunjuk.”

Di antara peristiwa yang terjadi ialah:

-Pertemuan di antara Nabi Adam a.s. dengan Siti Hawa di Padang Arafah.

-Siti Hajar dan Nabi Ismail ditinggalkan di tengah padang pasir yg kering kontang di antara Bukit Safa dan Marwah.

-Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang diperintah oleh Allah SWT supaya menyembelih Nabi Ismail

– Nabi Ibrahim  a.s dan Nabi Ismail a.s. mendirikan Kaabah.

– Medan Badar dan Uhud sewajarnya mengingati seseorang kepada kegigihan Rasulullah dan para sahabat menegakkan agama Allah.

6. Bayangan Padang Mahsyar

Bagi orang yang belum mengerjakan haji tentunya belum pernah melihat dan mengikuti perhimpunan ratusan ribu dan juga jutaan umat manusia yang berkeadaan yang sama. Ianya dapat dirasai semasa mengerjakan haji. Perhimpunan di Padang Arafah menghilangkan status dan perbezaan taraf hidup manusia, tiada siapa kaya, hartawan, rakyat biasa, raja atau sebagainya. Semua mereka sama dengan memakai pakaian seledang kain putih tanpa jahit.

Firman Allah s.w.t: “Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah siapa yang paling taqwa.” (Al-Hujurat-13)

7. Syiar perpaduan umat Islam

Ibadah Haji adalah merupakan lambang syiar perpaduan umat Islam. Ini kerana mereka yang pergi ke Tanah Suci Makkah itu hanya mempunyai satu matlamat dan tujuan iaitu menunaikan perintah dan tuntutan Allah yang juga Rukun Islam yang kelima. Dalam memenuhi tujuan tersebut mereka melakukan perbuatan yang sama,memakai pakaian yang sama, mengikut tertib yang sama malah boleh dikatakan semuanya sama. Ini menggambarkan perpaduan dan satu hati umat Islam. Dan gambaran inilah yang semestinya diamalkan dalam kehidupan seharian umat Islam apabila mereka kembali ke negara asal masing-masing.

Baca juga: Kelengkapan Haji dan Umrah