6 Tip Persediaan Diri Sebelum Menunaikan Ibadah Umrah

November 15, 2015Islam Standard

Pakej Haji Dan Umrah

1.Perbaiki Diri

Perbaiki diri kita supaya mendekati masjid surau ditempat kita tinggal. Pergi ke majlis  ilmu di supaya dapat kita lembutkan hati kita dengan ilmu yang akan di dengari.

2.Menunaikan Solat Sunat

Banyakkan solat-solat sunat seperti solat sunat taubat, solat hajat, dan solat sunat tahajud. Ia nya  adalah untuk kita memnyucikan diri kita dari dosa lama. Solat sunat juga dapat menolong kita bermunajat kepada Allah dan memohon keampunan dan  dosa kita yang lalu dan berdoa Allah mengampunkan segala dosa kita. Disana juga adalah tempat kita memohon perlindungan semoga dipermudahkan sepanjang perjalanan menunaikan ibadah umrah serta memohon keselamatan kepada setiap keluarga yang bakal kita tinggalkan sepanjang perjalanan menunaikan ibadah umrah. Lihat Pakej Haji dan Umrah di Alhadif. Beribadah bersama Alhadif

3.Membaca Al Quran.

Banyakkan baca Al Quran di mana juga kita berada. Pembacaan Al Quran adalah sesuatu yang amat digalakkan dan sekiranya dapat kita mengkhatam Al Quran dalam masa ibadah itu ianya adalah akan menjadi satu kebaikan kepada diri kita. Tidak semestinya hanya di rumah. Selain pahala yang kita perolehi dari membaca Al Quran, ia amat bermanfaat kepada kita kerana apabila kita berada ditanah suci selain dari ibadah umrah.

4.Sentiasa Berzikir.

Amalan berzikir ini akan buat kita tenang dan dekat dengan Allah SWT. Biasa kan diri basahkan bibir kita dengan berzikir. Tidak kira di mana kita berada. Kita akan terbiasa dan sepanjang perjalanan kita akan berzikir.

5.Belajar Doa-Doa

Perbanyakkan doa kepada Allah SWT. Mohon kepada Allah di lembutkan hati supaya dapat menjalankan ibadah seharian dengan lebih kusyuk dan tawaduk. Belajar juga doa-doa untuk dibawa dan dibaca di Tanah Suci nanti.

6.Latih Diri Dari Segi Fizikal

Latihan fizikal adalah untuk pastikan diri kita mempunyai kekuatan fizikal yang kuat. Terutamanya untuk warga tua, haruslah mempunyai fizikal yang cukup kuat bagi mengerjakan ibadah umrah. Contoh nya seperti berjalan kaki sejauh purata 3 – 4 km, 2 kali seminggu adalah persediaan yang terbaik untuk membiasakan diri kita yang sememangnya akan menggunakan tenaga semasa pergi dan balik ke Masjid, melakukan Tawaf serta Sa’ie (Sa’ie dari Safa ke Marwah adalah lebih kurang  420meter dan yang mengerjakan Saie akan berulang alik sejauh 2, 940 meter bersamaan lebih kurang 3 km). Ingatlah latihan ini adalah usaha kita kerana yang menentukan kekuatan dan tenaga itu adalah dari Allah